TukAr - tUKaR LInk aNdA

12 October 2010

Menantu Moden

Bermula lah kisah ini antara Naim dan Pija...Naim ni amat lah tergila-gilakan Pija,anak Haji Samat. Pija nie boleh lah tahan cun nya. Naim ni pun tak kalah lah kacaknya. Usha punya usha tersangkutlah dua hati ini. Kebetulan Haji Samat bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Naim ini pandai berlakon, depan Haji Samat dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Naim tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Samat masuk tidurnya pasal letih dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Naim dan Pija pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Haji Samat pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Naim dan Pija pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Naim tak sempat bersolat jemaah dengan Haji Samat. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Pija.

Maka, Haji Samat pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Naim pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Haji Samat pun menegur menantunya Si Naim tadi, “Hai Naim kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Naim Jawab “eh.. ia ke abah? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”
Masya Allah.. mengucap panjang Haji Samat. Si Pija tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Naim ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi…

2 comments:

BeruangBersayapBiru said...

haha dah terlambta nak nyesal kawen ngan dia. =p

RUZILAN RUSLI said...

hahaha...btul2