12 October 2010

Rupa-rupanya......


Satu hari ketika baru je tiba dr Gambang, aku singgah sekejap di ECM...
Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu..
Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah… “Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu. Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler” Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”
Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??” Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
Malunya aku masa tu...tuhan je yang tau..hahahaha...

1 comment:

MiKe $ouLeatER said...

pandai sangat dye...